Tarikh |
: 13 November 2024 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi keterangan kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di portal rasmi. Pertama sekali, peserta diminta untuk melayari pautan portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ di carian Google. Setelah itu, peserta mengelog masuk pada akaun STR dan melengkapkan maklumat yang diperlukan. Peserta juga membuat pengesahan kod captcha dan pengakuan pemohonan. Seterusnya, peserta klik pada butang “Hantar” setelah selesai membuat kemaskini. Selain daripada itu, peserta turut meminta petugas untuk mencetak borang permohonan STR tersebut sebagai simpanan peserta untuk masa akan datang.