Tarikh |
: 05 Ogos 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar tatacara membuat permohonan bantuan kewangan IPT Negeri Sembilan dalam talian.
Aktiviti
Peserta mengakses ke laman web melalui pautan https://www.n9.digital untuk membuat akaun baharu. Peserta mendaftar akaun baharu untuk log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan. Peserta mengisi maklumat bagi permohonan bantuan kewangan IPT. Peserta juga memuat naik dokumen sokongan yang diminta. Peserta memuat turun borang yang telah lengkap bagi membuat pengesahan.