Tarikh

: 06 November 2023

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di portal rasmi EzBiz secara dalam talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di portal rasmi EzBiz dengan mengikuti prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mendaftar akaun sebagai pengguna dengan melayari portal https://ezbiz.ssm.com.my/Seterusnya, peserta log masuk akaun tersebut serta membuat permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan. Selain itu, peserta juga membuat bayaran perbankan secara dalam talian setelah mengisi maklumat perniagaan. Akhirnya, pendaftaran lesen perniagaan yang baharu telah berjaya dibuat oleh peserta tersebut. Peserta memuat turun dokumen untuk tujuan cetakan.

Gambar Disini