Tarikh |
: 18 April 2021 |
Masa |
: 2.15 Tengahari – 3.15 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas adalah kemudahan bagi peserta yang menyertai Kelas E-Tuisyen PIK bagi subjek Matematik Tahun 5 secara atas talian yang telah diadakan di semua pusat internet komuniti setempat.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta mengenai tatacara menyertai kelas E-Tuisyen PIK menerusi aplikasi “Zoom” secara atas talian. Setelah itu, peserta mengklik link kelas yang diberi oleh petugas dan mengelog masuk akaun “Zoom” masing-masing. Peserta mengikuti kelas tersebut dan membuat latih tubi seperti yang diarah oleh guru yang mengajar bagi subjek. Setelah selesai kelas tersebut, peserta diminta untuk menjawab borang kajian kelas E-Tuisyen yang telah mereka ikuti bagi tujuan penambahbaikan.