Petaling kembali menjadi zon merah sekali gus menjadikan 10 daerah dengan zon merah.
Pulau Pinang kini bebas dari kes aktif menjadikan 5 negeri tanpa kes aktif termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.
Berlaku penambahan daerah zon hijau dari 86 daerah kepada 111 daerah.
Bagi anda yang tidak perlu keluar rumah atau terlibat dalam sektor yang telah beroperasi, teruskan duduk di rumah. Jika perlu keluar, amalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka di kawasan awam dan pastikan tangan kerap di sanitasi.
#Covid-19
#DudukRumah
#StayAtHome