SAYA INGIN MENGAMBIL ANAK DAN ISTERI YANG TERKANDAS DI KAMPUNG. SAYA PERLU RENTAS NEGERI. ADAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN APLIKASI GERAK MALAYSIA DAN MEMBUAT PERJALANAN 2 HALA?

Untuk makluman. Dibenarkan. Anda boleh menggunakan aplikasi Gerak Malaysia untuk mengambil anak dan isteri yang terkandas di kampung untuk pulang ke rumah sendiri.

Contoh Situasi : Ali tinggal di Kuala Lumpur. Anak dan Isteri terkandas di kampung di Kelantan. Ali boleh balik ke Kelantan untuk mengambil anak dan isteri dan pulang semula ke Kuala Lumpur.

Pergerakan anda adalah mengikut kepada Jadual Pergerakan yang telah dinyatakan sebelum ini.

JADUAL PERGERAKAN

07 Mei 2020 - Kuala Lumpur
08 Mei 2020 - Perak, Johor & Kelantan
09 Mei 2020 - Perlis , Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang
10 Mei 2020 - Selangor, Negeri Sembilan & Terengganu

#Covid-19

#DudukRumah

#StayAtHome