Sehingga 04 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, terdapat ENAM (6) KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 598 KES.
Daripada jumlah kes baru tersebut, sebanyak SATU (1) KES merupakan kes import Kluster Pesantren yang melibatkan pelajar yang pulang dari Indonesia dan ditempatkan di Stesen Kuarantin di Negeri Sembilan.
Sehingga kini, tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak LAPAN (8) KES.
Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 143 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 109 KES dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) kematian, 53 KES dari Kluster Rembau, dan LIMA (5) KES dari Kluster Pedas.
#Covid-19
#DudukRumah
#StayAtHome
{gakkery}kescovidn94mei{/gallery}