Ikuti garis panduan pelaksanaan perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan internet sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebarang kerja pemasangan jalur lebar talian tetap, pembaikan, penyelenggaraan rangkaian dan pemasangan infrastruktur baharu boleh dijalankan tetapi perlu mengambil kira tahap keselamatan para pelanggan dan pekerja syarikat penyedia perkhidmatan, serta situasi semasa di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19.
#COVID19
#Internet
#JalurLebar
#MCMC
#PerintahKawalanPergerakan
#Telekomunikasi