Contoh 1 :
Ada org Sarawak sitok kah? Siney kah Restoran Mi Kolok Hj Salleh tok? Arah Satok ya kah? - Perniagaan yang mempunyai lebih dari 5 org pekerja dikelaskan sebagai PKS. Apa beza Restoran ini dgn Salon Madam Lee ialah saiz dan bilangan pekerja. Jadi Hj Salleh tidak layak menerima Geran Khas Prihatin PKS RM3,000 tetapi Hj Salleh layak: Subsidi upah RM1,200 sebulan bagi 5 orang pekerja pekeja tempatan. Ingat!!! Pekerja asing tidak layak menerima subsidi upah. Hj Saleh juga layak memohon penangguhan caruman majikan bg KWSP serta pengecualian HRDF, layak penangguhan cukai, layak diskaun levi pekerja asing malah layak mendapat diskaun bil elektrik. Kegusaran Hj Salleh akhirnya terjawab dan dia berasa lapang dada memastikan bisnesnya bertahan sehingga tamat tempoh PKP. Ramai rindukan Mi Kolok Hj Salleh. Hj Salleh tetap beroperasi secara “take away” dan delivery. Untuk membantu aliran tunai Hj Salleh, dia layak memohon Skim Kredit Mikro di bawah BSN sehingga RM50,000 pada kadar faedah 0% !!
#Covid-19
#DudukRumah
#StayAtHome