Dunia online boleh membawa pelbagai manfaat untuk anak-anak anda. Tetapi, ia juga boleh menjadi sebuah medan di mana mereka ditipu, dipermainkan atau dibuli. Jika anak-anak anda terdedah kepada keburukan di internet, mereka boleh mempelajari perkara yang salah, dipengaruhi oleh orang-orang yang jahat dan lebih teruk lagi, menjadi sasaran penipuan dan buli.
Ingatkan anak-anak anda juga supaya sentiasa berhati-hati kerana risiko untuk maklumat peribadi mereka jatuh ke dalam tangan yang salah adalah sangat tinggi.
#DudukRumah
#stayathome
#MCMC
#Sebenarnyamy
#TidakPastiJanganKongsi
#klikdenganbijak