Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mungkin ramai yang kerap melayari Internet. Mungkin anda menjumpai iklan ubat kuat, ubat kurus, ubat penyakit kronik termasuklah juga yang membuat tuntutan perubatan untuk rawatan Covid-19.

KKM terus berusaha untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengekang pengiklanan dan penjualan ubat dalam talian.

Dari Januari 2020 sehingga kini, sebanyak 268 website, blog dan media sosial telah disekat dan sejumlah 1,474 bilangan iklan telah diturunkan oleh pengendali platform e-dagang oleh kerana pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang.

Mainkan peranan anda untuk menyemak dahulu:

1) No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram

2) No. kelulusan iklan KKLIU sebelum membuat sebarang pembelian.

Bagi mengetahui status pendaftaran ubat ;

Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau App Store.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

#BiarBetulIklanNi

#COVID19

#KKM

#MCMC

#Sebenarnyamy

#TidakPastiJanganKongsi

#STAYATHOME

#DUDUKDIRUMAH